23 July 2009

Tujuan Blog...

Assalamualaikum kepada semua warga KWDR yang berada di Johor Bahru,Segamat dan dimana jua...

Di sini saya ingin menerangkan serba sedikit megenai tujuan blog ini di lancarkan...

Sepertimana yang kita lihat semakin hari pembangunan dunia teknologi internet semakin meluas dan semakin canggih.Untuk membuktikan bahawa KWDR tidak ketinggalan arus teknologi maka beberapa ahli membuat keputusan untuk merekabentuk dan malancarkan blog KWDR sepertimana yang kita lihat sekarang.Diantara sebab utama blog ini dilancarkan ialah:-

i) Sebagai ruangan komunikasi untuk ahli-ahli berhubung dan menyampaikan berita.
ii) Untuk memastikan semua ahli mengetahui setiap perkembangan yang berlaku di dlm KWDR.
iii)Untuk mewujudkan golongan ahli yang celik IT didalam KWDR.
iv)Untuk memberi peluang kepada ahli menyampaikan segala nasihat ataupun hasil tulisan
mereka untuk tatapan semua ahli.

Jadi pihak kami meminta sokongan semua ahli sentiasa mengikuti perkembangan blog ini dari masa ke semasa serta dapat memberikan idea dan perlaksanaan yang baik untuk blog ini.Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli yang sentiasa aktif memberi komen dan memberi nasihat diruangan 'Mesej dan Komen'.Sokongan anda amat kami hargai dan syukuri.Pihak kami juga akan berusaha untuk mengemas kini blog ini dari masa ke semasa supaya pengunaan blog ini lebih efisyen dan mudah dilayari dimana-mana sahaja.

Wasalam...

0 comments:

Post a Comment