Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

26 July 2009

Terbaru : Forum KWDR

Berita terbaru buat semua warga KWDR.Kini anda boleh melawati Forum KWDR dan boleh membincangkan segala isu-isu semasa.Untuk melayari forum itu sila klik disini atau boleh layari http://www.kwdrjb.ning.com/...diharap anda semua dapat menggunakan forum ini dgn sebaik-baiknya dan memanfaatkan ia.Untuk mendapat lebih pengetahuan mengenai form ini anda boleh la mendaftar dan meng'explore' dan juga boleh bertanya jika mempunyai sebarang masalah...Sekian...

23 July 2009

Tujuan Blog...

Assalamualaikum kepada semua warga KWDR yang berada di Johor Bahru,Segamat dan dimana jua...

Di sini saya ingin menerangkan serba sedikit megenai tujuan blog ini di lancarkan...

Sepertimana yang kita lihat semakin hari pembangunan dunia teknologi internet semakin meluas dan semakin canggih.Untuk membuktikan bahawa KWDR tidak ketinggalan arus teknologi maka beberapa ahli membuat keputusan untuk merekabentuk dan malancarkan blog KWDR sepertimana yang kita lihat sekarang.Diantara sebab utama blog ini dilancarkan ialah:-

i) Sebagai ruangan komunikasi untuk ahli-ahli berhubung dan menyampaikan berita.
ii) Untuk memastikan semua ahli mengetahui setiap perkembangan yang berlaku di dlm KWDR.
iii)Untuk mewujudkan golongan ahli yang celik IT didalam KWDR.
iv)Untuk memberi peluang kepada ahli menyampaikan segala nasihat ataupun hasil tulisan
mereka untuk tatapan semua ahli.

Jadi pihak kami meminta sokongan semua ahli sentiasa mengikuti perkembangan blog ini dari masa ke semasa serta dapat memberikan idea dan perlaksanaan yang baik untuk blog ini.Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli yang sentiasa aktif memberi komen dan memberi nasihat diruangan 'Mesej dan Komen'.Sokongan anda amat kami hargai dan syukuri.Pihak kami juga akan berusaha untuk mengemas kini blog ini dari masa ke semasa supaya pengunaan blog ini lebih efisyen dan mudah dilayari dimana-mana sahaja.

Wasalam...

20 July 2009

Kenduri Arwah...

Kepada semua warga KWDR,pada 1 Ogos 2009 bersamaan 10 Syaaban 1430 Hijrah iaitu hari Sabtu akan diadakan majlis tahlil dan kenduri arwah bertempat di teratak 34 Lorong Balai Kg Melayu Majidee.Semua warga KWDR yang berkesempatan dijemput hadir supaya kita dapat bersama-sama berdoa dan dalam masa yang sama kita semua dapat merapatkan lagi hubungan siraturrahim yg sedia terjalin.Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah.

Pesan dari Cikgu Rohaidah"Sape yang free datang la awal mak su nak main dengan cucu-cucu".
Sekian..
Mutiara Kata Al-Qarni


Ibadah adalah kebahagiaan,
kesolehan adalah keberhasilan,
dan siapa yang terus berzikir,
sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa,
maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh

04 July 2009

Kembali Ke Rahmatullah

Takziah kepada keluarga pak ngah enal di atas permergian bapa yang tersayang ke rahmatullah pada hari khamis 02hb Julai 2009. Atuk Ariffin bin Isa telah menghembus nafas yang terakhir di rumahnya di No, 63 Jalan Pemuda Segamat Johor. Mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.... Assalamualaikum kan zarallah minal mukminin warahmatullah alfateha....