Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

01 October 2009

Betul ke ni???



Tersebutlah kisah pada raya keberapa saya pun tak pasti.Beberapa ahli KWDR pegi berkaraoke di Diva beramai-ramai....ramai ahli yg menyanyi sakan termasuklah cik Maznah Wahid kita....Haa..sape kata Cik Maznah kita tak boleh menyanyi..siap joget lagi...disini saya uploadkan beberapa BUKTI cik Maznah Wahid kita menyanyi dengan happy sekali...so lepas ni boleh la jemput beliau nyanyi lagi...nak tgk lebih bnyk gambar lagi join la Forum KWDR..macam-macam ada...

29 August 2009

Forum KWDR

Semua Ahli kwdr di jemput untuk ke forum KWDR. Sila daftar terlebih dahulu atau sign in. Anda boleh menjemput saudara-mara yang terdekat untuk menyertai forum ini.

Oleh yang demikian saya menjemput beberapa moderator untuk tujuan mengemaskini
forum tersebut,.

Bagi forum Agama akan di kendalikan oleh Ustaz Shazwan Al-Hafiz
Bagi forum Automatif akan dikendalikan oleh Saudara Raja Kamal Fasha
Bagi forum Kompamg akan dikendalikan oleh saudara Raja Kamal Fahmi
Bagi forum Sembang akan dikendalikan oleh Saudara Ahmad Huzaimi.

Saya bagi pihak admin dalam forum ini amat mengalukan pengendalian forum daripda mereka yang disebutkan di atas.

Sekirannya ada pertanyaan berhubung dengan perkara diatas anda bolehlah menghantar message atau send message ke admin@kwdrforum sepertimana yang tertera di http://kwdrjb.ning.com.

Sekian terima Kasih

Dari Meja Setiausaha

Kepada warga KWDR, pada bulan Disember 2009 ini adalah bulan kita akan mengadakan mesyuarat tahunan KWDR, bagi ahli yang masih tertunggak bayaran bulanan, dapatlah jelaskan sebelum bulan tersebut bagi memudahkan saudara bendahari menutup akaun KWDR bagi Tahun 2009.

Sekian terima kasih

26 July 2009

Terbaru : Forum KWDR

Berita terbaru buat semua warga KWDR.Kini anda boleh melawati Forum KWDR dan boleh membincangkan segala isu-isu semasa.Untuk melayari forum itu sila klik disini atau boleh layari http://www.kwdrjb.ning.com/...diharap anda semua dapat menggunakan forum ini dgn sebaik-baiknya dan memanfaatkan ia.Untuk mendapat lebih pengetahuan mengenai form ini anda boleh la mendaftar dan meng'explore' dan juga boleh bertanya jika mempunyai sebarang masalah...Sekian...

23 July 2009

Tujuan Blog...

Assalamualaikum kepada semua warga KWDR yang berada di Johor Bahru,Segamat dan dimana jua...

Di sini saya ingin menerangkan serba sedikit megenai tujuan blog ini di lancarkan...

Sepertimana yang kita lihat semakin hari pembangunan dunia teknologi internet semakin meluas dan semakin canggih.Untuk membuktikan bahawa KWDR tidak ketinggalan arus teknologi maka beberapa ahli membuat keputusan untuk merekabentuk dan malancarkan blog KWDR sepertimana yang kita lihat sekarang.Diantara sebab utama blog ini dilancarkan ialah:-

i) Sebagai ruangan komunikasi untuk ahli-ahli berhubung dan menyampaikan berita.
ii) Untuk memastikan semua ahli mengetahui setiap perkembangan yang berlaku di dlm KWDR.
iii)Untuk mewujudkan golongan ahli yang celik IT didalam KWDR.
iv)Untuk memberi peluang kepada ahli menyampaikan segala nasihat ataupun hasil tulisan
mereka untuk tatapan semua ahli.

Jadi pihak kami meminta sokongan semua ahli sentiasa mengikuti perkembangan blog ini dari masa ke semasa serta dapat memberikan idea dan perlaksanaan yang baik untuk blog ini.Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli yang sentiasa aktif memberi komen dan memberi nasihat diruangan 'Mesej dan Komen'.Sokongan anda amat kami hargai dan syukuri.Pihak kami juga akan berusaha untuk mengemas kini blog ini dari masa ke semasa supaya pengunaan blog ini lebih efisyen dan mudah dilayari dimana-mana sahaja.

Wasalam...

20 July 2009

Kenduri Arwah...

Kepada semua warga KWDR,pada 1 Ogos 2009 bersamaan 10 Syaaban 1430 Hijrah iaitu hari Sabtu akan diadakan majlis tahlil dan kenduri arwah bertempat di teratak 34 Lorong Balai Kg Melayu Majidee.Semua warga KWDR yang berkesempatan dijemput hadir supaya kita dapat bersama-sama berdoa dan dalam masa yang sama kita semua dapat merapatkan lagi hubungan siraturrahim yg sedia terjalin.Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah.

Pesan dari Cikgu Rohaidah"Sape yang free datang la awal mak su nak main dengan cucu-cucu".
Sekian..
Mutiara Kata Al-Qarni


Ibadah adalah kebahagiaan,
kesolehan adalah keberhasilan,
dan siapa yang terus berzikir,
sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa,
maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh

04 July 2009

Kembali Ke Rahmatullah

Takziah kepada keluarga pak ngah enal di atas permergian bapa yang tersayang ke rahmatullah pada hari khamis 02hb Julai 2009. Atuk Ariffin bin Isa telah menghembus nafas yang terakhir di rumahnya di No, 63 Jalan Pemuda Segamat Johor. Mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.... Assalamualaikum kan zarallah minal mukminin warahmatullah alfateha....

31 May 2009

Aktiviti KWDR..

Untuk makluman semua ahli KWDR tidak kira dimana jua anda berada,satu ruangan aktiviti KWDR akan diwujudkan untuk melaporkan segala aktiviti KWDR dari masa ke semasa.Proses ini akan memakan masa sedikit.So sama-sama la kita tunggu ruangan tersebut.....Sekian...

22 May 2009

Rombongan Merisik Khabar

Perbincangan pada malam jumaat 22 May'09 kedua-dua keluarga iaitu Ahmad Huzaimi dan pasangannya Dila telah menetapkan tarikh majlis pertunangan dan akad Nikah pada 5hb Disember 2009 dengan hantaran belanja sebanyak RM8,000 bersih. Diikuti dengan majlis persandingan pada 6hb Disember 2009. Disusuli pula rumah pengantin lelaki 2 minggu selepas persandingan dirumah pengantin perempuan.

Walaubagaimanapun ini adalah perbincangan awal dan sekiranya ada pindaan tarikh dan masa akan diberitahu kelak.

Oleh yang demikian warga KWDR bolehlah bersiap-sedia mana yang patut. Bagi keluarga KWDR di Segamat bolehlah layari blog ini dari masa ke semasa untuk dapatkan info terkini.

Wassalam.

21 May 2009

Giliran Saudara Ahmad Huzaimi..

Ini ada info terbaru mengenai Ahmad Huzaimi a.k.a Amy.Untuk pengetahuan semua warga KWDR saudara Amy akan menghantar wakil untuk perbincangan dan penetapan tarikh walimatulurus diantara beliau dan pasangan beliau Dila.Sesi perbincangan tersebut akan diadakan pada Jumaat malam dirumah pihak perempuan.Oleh itu marilah kita bersama-sama memberikan kerjasama dan bantuan yang termampu walaupun hanya sekadar berdoa supaya segala urusan berjalan dengan lancar dan sukses...Tahniah diucapkan....

08 May 2009

Masuk Wad Maznah hj Wahid

Alkisah satu cerita maznah hj wahid akan dimasukkan ke hospital Penawar pada 08/05/09kerana menjalani pembedahan xxx. Semua keluarga harap dpt mendoakan kesihatannya bertambah baik.

Walaubagaimanapun sesiapa yg ingin menderma darah, sila hubungi en nizam kerana maznah kekurangan darah.

sekian harap maklum.

16 March 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru Kepada Raja Kamal Fasha Bin Raja Saharman dan Isteri-nya Raja Norzila Binti Raja Ahmad yang telah selamat di Ijab Kabul pada hari Sabtu 14-03-07 bersamaan 18 Rabiul Awal 1430H jam 10:00 minit malam. Kami memanjat doa mudahan jodoh kamu berdua berpanjangan hingga ke akhir hayat, dipermudahan segala urusan dunia dan akhirat. Detik 1:05pm 15/03/05 menjadi riwayat sejarah dalam KWDR apabila kedua mempelai telah disandingkan di atas pelamin yang indah bertemakan warna Hijau dan Putih.

Syukur Ya Allah, segala urusan majlis ini berjalan dengan lancar, kepada semua Ahli KWDR yang telah turut serta mengiringi mempelai sehingga Majlis Kemuncak diucapkan Ribuan Terima Kasih diatas kerjasama dan kasih sayang anda.

Terima kasih untuk kenangan.

22 February 2009

Photo Majlis Pertunangan YM Raja Kamal Fasha dan YM Raja Norzila

Gambar pertunangan Raja Kamal Fasha dan Raja Norzila telah diuploadkan untuk tatapan semua ahli KWDR. click di sini

16 January 2009

Cadangan Family Day 2009

Cadangan Family Day untuk tahun 2009 telah dibuka.Marilah kita beramai-ramai menyumbangkan idea untuk Family Day untuk tahun ni..nak bg cadangan klil tab diatas..Sekian