Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

Gambar Hari Keluarga Tahun 2008

Gambar salah satu aktiviti Hari Keluarga

28 June 2019

Majlis Silaturahim Aidilfitri KWDR 2019

29 November 2011



Muka baru KWDR...Minta bantuan semua warga KWDR supaya memeriahkan kembali blog KWDR yg semakin malap ni....anda boleh share apa sahaja maklumat dengan menghantar email kepada firdauszainel@gmail.com...Gunakanlah kemudahan ini dengan sebaik-baiknya....InsyALLAH....



Sebarang komen dan pandangan anda amat dialu-alukan...

10 August 2011

Fadhilat Ramadhan 01

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:

Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang mana Allah s.w.t. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran di mana ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjaran pahalanya." Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata, "Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah s.w.t. memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisipan susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t. dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah s.w.t. akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah dan Baihaqi)

Sumber: Kitab Fadhilat Amal @ Fadhilat Ramadhan (Bab 1 Hadis 1 m/s 1)
Karangan: Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria rah.

Sumber : http://adlizakaria.blogspot.com

09 August 2011

Salam Ramadhan.....Ramadhan Kembali Lagi!!!!




Salam ramadhan diucapkan untuk semua warga KWDR.Untuk pengetahuan warga KWDR,mulai sekarang anda semua boleh meninggalkan komen untuk setiap post yang di update.Hanya tekan link comment dibawah setiap new posting dibuat dan tinggalkan komen anda...Sekian

11 December 2010

Hari Keluarga KWDR 2011

Adalah dimaklumkan bahawa KWDR akan mengadakan Hari Keluarga KWDR 2011 pada 30hb April, 01hb May dan 02hb May 2011. Tempat dan harga bagi setiap family masih lagi didalam perbincangan dan setelah mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa induk barulah kita akan mengumumkan secara rasmi tempat dan bayaran yang akan dikenakan. Oleh yang demikian diharapkan Warga KWDR dapat menyertai Hari Keluarga 2011. Pastikan anda dapat info terkini melalui lelaman Facebook KWDRJB dan di dalam Blog ini dari semasa ke semasa.

Sekian Wassalam.

18 August 2010

PENTING!!!

Perhatian kepada Semua Warga KWDR....

1)Page layout utk blog ini sudah ditukar.Pihak admin meminta kerjasama anda semua agar dapat memberi komen terhadap wajah baru blog ini dan dapat memberi pendapat bagi menjadikan blog ini lebih menarikPihak admin akan cuba memenuhi permintaan anda semua..Insyallah...(Sila klik di sudut kaji selidik di sebelah)

2)Adalah dukacita dimaklumkan bahawa page-page yang lain seperti Sejarah KWDR,Gambar Keluarga dan tab-tab yang lain sudah ditutup bagi memudahkan urusan penyelenggaraan dan pemerhatian oleh pihak admin.Segala berita dan gambar akan dipostkan di FACEBOOK KWDRJB dan di page utama blog.Semua ahli adalah dialu-alukan untuk menyertai facebook KWDRJB.Terima Kasih diatas kerjasama semua ahli.

Penutupan page-page diatas adalah bersifat sementara dan akan dibuka semula mengikut permintaan dan keperluan KWDR.Sekian Wassalam....

Salam Hari Raya,
Admin KWDR.

Penutupan KWDRJB.Ning @ForumKWDR

Adalah di maklumkan pentadbiran sesawang ning.com telah mengeluarkan kenyataan kepada semua pembina lelaman ning.com menaik taraf lelaman forum dengan segera sebelum 20hb August 2010. Bagi yang ingin meneruskan forum ini dikehendaki membayar sejumlah RM120 sebulan (Unlimited access) pada tarikh yang ditetapkan. Kegagalan untuk membayar sebelum tarikh tersebut bermakna KWDRJB forum akan dinyah-aktifkan daripada sesawang ning.com.

Sebagai langkah seterusnya di sebabkan penutupan tersebut maka KWDRJB akan beralih arah ke FACEBOOK di tandai sebagai kumpulan atau pertubuhan di dalam facebook dengan alamat KWDRJB.

Oleh yang demikian pihak kami mengalukan semua warga KWDR dan rakan KWDR diharapkan dapat meneruskan kirim salam dan saapaan anda di dalam facebook.

Bagi creator harap dapat menyalin gambar dan maklumat penting di dalam Kwdrjb.ning.com untuk dipindahkan ke dalam facebook.

Sila hubungi email shahmuz992002@gmail.com sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas.

Sekian terima kasih.

22 June 2010

Keputusan Pertandingan Teka -Teki dan Pantun

Setelah di pertimbangkan dan diperbincangkan oleh beberapa ahli serta pengadil-pengadil professional maka dengan ini suka saya mengumumkan pemenang untuk pertandingan Pantun dan Teka-Teki ialah seperti dibawah

Bagi Pertandingan Teka-Teki ----Hadiah RM50

Nabilah Mohammad

Bagi pertandingan Pantun ----- Hadiah Rm50

Maizatul Akmal

Tahniah diucapkan kepada pemenang.Keputusan adalah muktamad.Bagi yang tidak berjaya jangan lah berputus asa.Pihak admin KWDR akan mengadakan pertandingan seperti ini dimasa akan datang...Terima Kasih diucapkan kepada penaja hadiah untuk pertandingan ini dan kepada semua ahli2 yang turut mengambil bahagian didalam pertandingan ini..

Tanpa Anda Siapalah Kami...Sekian

02 May 2010

Tarikh Dilanjutkan...

Dengan sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan

PERTANDINGAN TEKA TEKI DAN PANTUN DI LANJUTKAN SEHINGGA

31 MEI 2010

Sertai pertandingan anjuran KWDR ini dan dapatkan hadiah yang menarik!!!

21 April 2010

Pertandingan Teka teki dan Pantun Kini Dibuka!!!

Salam ukhwah...

Akhirnya saat yang di tunggu-tunggu sudah tiba..Pertandingan Pantun dan Teka-Teki sudah dibuka.Semua warga KWDR layak menyertai.

Syarat penyertaan : -
  • Terbuka kepada semua warga KWDR yang mendaftar di Forum KWDR sahaja.
  • Warganegara Malaysia.
  • Tiada had umur.
  • Jawapan diberi tiada unsur lucah dan politik.Sekiranya didapati mengandungi unsur tersebut,penyertaan akan di batalkan secara automatiknya.
  • Jawapan akan diterima sehingga tarikh tutup iaitu 1 Mei 2010.
  • Jawapan dihantar menstilah disertakan alamat email,kalau takde sendiri mau hengat.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad.

Segala syarat diatas adalah syarat wajib.Segala pindaan atau tambahan syarat akan dimaklumkan kemudian.

Hadiah yang menanti pemenang!!!!

RM 50 untuk dua jawapan teka teki yang tepat.Kalau satu je betul tak dapek den nak nolong.
RM 50 untuk pantun yang menarik.

Untuk menyertai caranya mudah sahaja pergi
ke laman forum kwdr - klik tab forum - klik pertandingan teka teki dan pantun

Untuk lebih mudah baca arahan dibawah

Untuk mengetahui soalannya klik DISINI atau taip url http://kwdrjb.ning.com/

14 March 2010

Jawab Dan Menang....

Buat julung kalinya KWDR akan mengadakan pertandingan Teka-Teki dan berbalas Pantun.Penyertaan di buka kepada semua ahli KWDR SAHAJA.Hadiah wang tunai RM 100 menanti pemenang bertuah pertandingan ini.

Cara pertandingan :

1)Bagi pertandingan teka-teki ,2 soalan akan diberikan.Bg jawapan yang betul hadiah RM 50 menanti anda.Kedua-dua jawapan mestilah tepat atau sipi-sipi , barulah anda layak menjadi pemenang.

2)Untuk pertandingan pantun,pemenang akan dipilih berdasarkan pantun yang menarik.Tema pantun akan diberikan.Pantun mestilah logik dan tiada unsur-unsur politik atau seksual.Pantun yang tidak menepati spesifikasi akan di buang dengan secara automatiknya.Takde sorry-sorry.

Tempoh pertandingan selama 1 minggu.Semua jawapan hanya perlu dihantar melalui ruangan yang akan dibuka kelak ( sbb gue xde idea lg).So,rajin-rajinlah layari blog atau forum KWDR untuk maklumat lanjut...Segala perubahan cara pertandingan dan peraturan akan diberitahu di blog atau forum KWDR.....

01 October 2009

Betul ke ni???



Tersebutlah kisah pada raya keberapa saya pun tak pasti.Beberapa ahli KWDR pegi berkaraoke di Diva beramai-ramai....ramai ahli yg menyanyi sakan termasuklah cik Maznah Wahid kita....Haa..sape kata Cik Maznah kita tak boleh menyanyi..siap joget lagi...disini saya uploadkan beberapa BUKTI cik Maznah Wahid kita menyanyi dengan happy sekali...so lepas ni boleh la jemput beliau nyanyi lagi...nak tgk lebih bnyk gambar lagi join la Forum KWDR..macam-macam ada...

29 August 2009

Forum KWDR

Semua Ahli kwdr di jemput untuk ke forum KWDR. Sila daftar terlebih dahulu atau sign in. Anda boleh menjemput saudara-mara yang terdekat untuk menyertai forum ini.

Oleh yang demikian saya menjemput beberapa moderator untuk tujuan mengemaskini
forum tersebut,.

Bagi forum Agama akan di kendalikan oleh Ustaz Shazwan Al-Hafiz
Bagi forum Automatif akan dikendalikan oleh Saudara Raja Kamal Fasha
Bagi forum Kompamg akan dikendalikan oleh saudara Raja Kamal Fahmi
Bagi forum Sembang akan dikendalikan oleh Saudara Ahmad Huzaimi.

Saya bagi pihak admin dalam forum ini amat mengalukan pengendalian forum daripda mereka yang disebutkan di atas.

Sekirannya ada pertanyaan berhubung dengan perkara diatas anda bolehlah menghantar message atau send message ke admin@kwdrforum sepertimana yang tertera di http://kwdrjb.ning.com.

Sekian terima Kasih

Dari Meja Setiausaha

Kepada warga KWDR, pada bulan Disember 2009 ini adalah bulan kita akan mengadakan mesyuarat tahunan KWDR, bagi ahli yang masih tertunggak bayaran bulanan, dapatlah jelaskan sebelum bulan tersebut bagi memudahkan saudara bendahari menutup akaun KWDR bagi Tahun 2009.

Sekian terima kasih

26 July 2009

Terbaru : Forum KWDR

Berita terbaru buat semua warga KWDR.Kini anda boleh melawati Forum KWDR dan boleh membincangkan segala isu-isu semasa.Untuk melayari forum itu sila klik disini atau boleh layari http://www.kwdrjb.ning.com/...diharap anda semua dapat menggunakan forum ini dgn sebaik-baiknya dan memanfaatkan ia.Untuk mendapat lebih pengetahuan mengenai form ini anda boleh la mendaftar dan meng'explore' dan juga boleh bertanya jika mempunyai sebarang masalah...Sekian...

23 July 2009

Tujuan Blog...

Assalamualaikum kepada semua warga KWDR yang berada di Johor Bahru,Segamat dan dimana jua...

Di sini saya ingin menerangkan serba sedikit megenai tujuan blog ini di lancarkan...

Sepertimana yang kita lihat semakin hari pembangunan dunia teknologi internet semakin meluas dan semakin canggih.Untuk membuktikan bahawa KWDR tidak ketinggalan arus teknologi maka beberapa ahli membuat keputusan untuk merekabentuk dan malancarkan blog KWDR sepertimana yang kita lihat sekarang.Diantara sebab utama blog ini dilancarkan ialah:-

i) Sebagai ruangan komunikasi untuk ahli-ahli berhubung dan menyampaikan berita.
ii) Untuk memastikan semua ahli mengetahui setiap perkembangan yang berlaku di dlm KWDR.
iii)Untuk mewujudkan golongan ahli yang celik IT didalam KWDR.
iv)Untuk memberi peluang kepada ahli menyampaikan segala nasihat ataupun hasil tulisan
mereka untuk tatapan semua ahli.

Jadi pihak kami meminta sokongan semua ahli sentiasa mengikuti perkembangan blog ini dari masa ke semasa serta dapat memberikan idea dan perlaksanaan yang baik untuk blog ini.Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli yang sentiasa aktif memberi komen dan memberi nasihat diruangan 'Mesej dan Komen'.Sokongan anda amat kami hargai dan syukuri.Pihak kami juga akan berusaha untuk mengemas kini blog ini dari masa ke semasa supaya pengunaan blog ini lebih efisyen dan mudah dilayari dimana-mana sahaja.

Wasalam...

20 July 2009

Kenduri Arwah...

Kepada semua warga KWDR,pada 1 Ogos 2009 bersamaan 10 Syaaban 1430 Hijrah iaitu hari Sabtu akan diadakan majlis tahlil dan kenduri arwah bertempat di teratak 34 Lorong Balai Kg Melayu Majidee.Semua warga KWDR yang berkesempatan dijemput hadir supaya kita dapat bersama-sama berdoa dan dalam masa yang sama kita semua dapat merapatkan lagi hubungan siraturrahim yg sedia terjalin.Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah.

Pesan dari Cikgu Rohaidah"Sape yang free datang la awal mak su nak main dengan cucu-cucu".
Sekian..
Mutiara Kata Al-Qarni


Ibadah adalah kebahagiaan,
kesolehan adalah keberhasilan,
dan siapa yang terus berzikir,
sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa,
maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh

04 July 2009

Kembali Ke Rahmatullah

Takziah kepada keluarga pak ngah enal di atas permergian bapa yang tersayang ke rahmatullah pada hari khamis 02hb Julai 2009. Atuk Ariffin bin Isa telah menghembus nafas yang terakhir di rumahnya di No, 63 Jalan Pemuda Segamat Johor. Mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.... Assalamualaikum kan zarallah minal mukminin warahmatullah alfateha....

31 May 2009

Aktiviti KWDR..

Untuk makluman semua ahli KWDR tidak kira dimana jua anda berada,satu ruangan aktiviti KWDR akan diwujudkan untuk melaporkan segala aktiviti KWDR dari masa ke semasa.Proses ini akan memakan masa sedikit.So sama-sama la kita tunggu ruangan tersebut.....Sekian...

22 May 2009

Rombongan Merisik Khabar

Perbincangan pada malam jumaat 22 May'09 kedua-dua keluarga iaitu Ahmad Huzaimi dan pasangannya Dila telah menetapkan tarikh majlis pertunangan dan akad Nikah pada 5hb Disember 2009 dengan hantaran belanja sebanyak RM8,000 bersih. Diikuti dengan majlis persandingan pada 6hb Disember 2009. Disusuli pula rumah pengantin lelaki 2 minggu selepas persandingan dirumah pengantin perempuan.

Walaubagaimanapun ini adalah perbincangan awal dan sekiranya ada pindaan tarikh dan masa akan diberitahu kelak.

Oleh yang demikian warga KWDR bolehlah bersiap-sedia mana yang patut. Bagi keluarga KWDR di Segamat bolehlah layari blog ini dari masa ke semasa untuk dapatkan info terkini.

Wassalam.