Perbincangan pada malam jumaat 22 May'09 kedua-dua keluarga iaitu Ahmad Huzaimi dan pasangannya Dila telah menetapkan tarikh majlis pertunangan dan akad Nikah pada 5hb Disember 2009 dengan hantaran belanja sebanyak RM8,000 bersih. Diikuti dengan majlis persandingan pada 6hb Disember 2009. Disusuli pula rumah pengantin lelaki 2 minggu selepas persandingan dirumah pengantin perempuan.
Walaubagaimanapun ini adalah perbincangan awal dan sekiranya ada pindaan tarikh dan masa akan diberitahu kelak.
Oleh yang demikian warga KWDR bolehlah bersiap-sedia mana yang patut. Bagi keluarga KWDR di Segamat bolehlah layari blog ini dari masa ke semasa untuk dapatkan info terkini.
Wassalam.